FFB grading.

Learn more about Fresh Fruit Bunch (FFB) grading — kategori tandan dan ciri-cirinya.

A guide to the 17 categories of fresh fruit bunch we grade when your crop reaches the mill.

Tandan Basah
01 / 17

Tandan Basah

Merujuk kepada kosainan buah kelapa sawit yang mempunyai kandungan air menitis daripada muatan.

Tandan Masak
02 / 17

Tandan Masak

Tandan yang mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning-oren dan mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh soket buah relai dan lebih daripada lima puluh peratus buah masih melekat pada tandan.

Tandan Terlebih Masak
03 / 17

Tandan Terlebih Masak

Lazimnya tandan yang mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning-oren dan mempunyai:

  • Sekurang-kurangnya sepuluh peratus buah masih melekat pada tandannya, dan
  • Lebih daripada 50% buah telah lerai daripada tandan.
Tandan Mengkal
04 / 17

Tandan Mengkal

Ialah tandan yang mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning-oren dan mempunyai kurang daripada 10 soket buah relai.

Tandan Muda
05 / 17

Tandan Muda

Adalah tandan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning-oren dan tidak mempunyai soket buah relai, atau
  • Mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna kuning sama ada mempunyai soket ataupun tiada soket buah relai.
Tandan Peram
06 / 17

Tandan Peram

Ialah tandan muda yang disimpan atau dibiar lama selepas dituai (G6). Lazimnya salah satu atau lebih ciri-ciri Tandan Peram dikenalpasti seperti berikut:

  • Tangkai tandan telah kecut dan lembut serta berwarna perang kehitaman
  • Buah pada tandan telah pudar dan kecut
  • Banyak buah telah lerai di lapisan luar tandan
  • Buah relai masih mempunyai kelopak rudiment androsium, atau
  • Tampuk pangkal buah relai berbonjol dan berwarna perang kehitaman
Tandan Busuk
07 / 17

Tandan Busuk

Adalah merujuk kepada tandan tidak segar atau konsainan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Tandan yang tidak boleh dikelaskan tahap kemasakannya, atau
  • Sebahagian atau keseluruhan tandan termasuk buah relainya telah berubah warna kepada kehitaman atau berbau busuk dan berkulat.
Tandan Kosong
08 / 17

Tandan Kosong

Ialah tandan yang lebih daripada 90% buah lerai dari tandan.

Tandan Kotor
09 / 17

Tandan Kotor

Ialah tandan yang lebih separuh daripada permukaannya dicemari oleh jirim-jirim asing seperti lumpur, pasir, amang atau batu.

Tandan Lama
10 / 17

Tandan Lama

Ialah Tandan Masak atau Tandan Mengkal yang dibiarkan lama selepas dituai di ladang atau di pusat pengumpulan dan mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Tangkai tandan telah kecut dan lembut serta berwarna perang-kehitaman
  • Banyak buah telah gugur daripada lapisan luar tandan; dan
  • Buah yang masih melekat pada tandan berwarna kemerahan
Tandan Rosak
11 / 17

Tandan Rosak

Ialah tandan yang lebih daripada 30% buahnya telah rosak diserang oleh makhluk perosak, misalnya tikus.

Tandan Dura
12 / 17

Tandan Dura

Ialah tandan yang buahnya mempunyai salah satu atau lebih ciri buah Dura yang berbeza daripada ciri buah Tenera.

Tandan Tangkai Panjang
13 / 17

Tandan Tangkai Panjang

Ialah tandan yang mempunyai tangkai melebihi daripada 5cm diukur dari paras terbawah tandan ke hujung tangkai.

Tandan Kecil
14 / 17

Tandan Kecil

Ialah tandan yang beratnya kurang daripada 2.3kg.

Tandan Tidak Segar
15 / 17

Tandan Tidak Segar

Ialah tandan yang telah dituai lazimnya melebihi 48 jam sebelum dipasarkan.

Tandan Partenokarpi
16 / 17

Tandan Partenokarpi

Ialah tandan yang buahnya terbentuk tanpa melalui proses pendebungaan dan tidak mempunyai isirung. Lazimnya Tandan Partenokarpi mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Tandan tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya, atau
  • Mempunyai lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah partenokarpi
Buah Relai
17 / 17

Buah Relai

Ialah buah yang gugur daripada tandan segar kerana masak. Buah relai hendaklah dihantar ke kilang bersama-sama dengan tandan segar dalam masa 24 jam selepas dituai. Penghantaran atau penjualan Buah Relai secara berasingan daripada tandan segar tidak dibenarkan kerana ianya boleh menjejaskan kadar perahan minyak di kilang. Perbuatan meleraikan tandan untuk mendapatkan buah relai adalah dilarang sama sekali.